Monday, April 5, 2010

Bila Ibu Sakit...

Ramai yang tidak tahu Ibu jatuh sakit 2 minggu lalu. Ibu tidak mahu cerita kat semua orang tentang apa yang berlaku pada Ibu. Sebenarnya saya sendiri tak suka lihat keadaan Ibu. Lemah sahaja. Tetapi Ibu dapat berehat daripada kesibukan kerja. Lama-kelamaan, bila doktor menahan Ibu lebih lama di hospital, Ibu jadi lemah. Saya sendiri kesiankan Ibu.

Apa yang berlaku? Ibu sekarang disahkan diabetic pregnancy. Kandungan gula di dalam badan Ibu agak tinggi semasa pemeriksaan terakhir yang dibuat di KD. Doktor di KD minta Ibu dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Hasilnya, selama 10 hari saya dan Ibu berkampung di hospital, berjauhan dengan Abah. Kesian Abah. Dalam tempoh itu, Abah tidak pernah miss walau sekali melawat saya dan Ibu. Kesian Abah sebab tidurnya, makannya semua dilakukan seorang.

Saya ada dengar Ibu minta sangat2 pada Abah jangan maklumkan pada sesiapa tentang admisson Ibu ke wad. Ibu tak suka orang lain, kawan-kawan atau keluarga datang melihat dia dalam keadaan sakit. Ibu mmg tidak suka. Kesian Ibu, bersungguh-sungguh minta Abah rahsiakan. Tetapi mana boleh Abah rahsiakan daripada Tok Bah and Nenek (Eton) sedangkan rumah pun depan mata sahaja. Nak tak nak, Abah terpaksa beritahu.

Hari Pertama Ibu di dalam wad, Ibu dah rasa bosan. Bosan yang amat sangat. Mujur kawan 1 bay, sama-sama masuk wad semuanya sporting dan ramah belaka. Dalam 1 malam banyak ilmu dan panduan ibu-ibu mengandung yang dapat ibu pelajari. Al-maklum, Ibu baru nak melahirkan saya, anak sulungnya. Padahal pesakit lain sudah beranak pinak. Malu Ibu. Dalam banyak topik yang dibincangkan, Ibu hanya angguk kepala sahaja. Hehehe...Takpe, Ibu gigih belajar. Dalam diam, dalam duk memerhati pun...Ibu pandai belajar.

......

Keadaan tidak sama apabila sudah masuk hari keenam/ketujuh Ibu di wad. Mereka, pesakit yang dimasukkan ke wad silih berganti keluar dan masuk ke dalam bay Ibu. Hanya Ibu yang tidak berganjak. Ibu sudah mula merintih dan menangis sendirian. Masa itu, saya sendiri hilang punca lihat Ibu menangis. Ibu tahu Ibu sakit, tetapi kuat di hati Ibu mengatakan dia sebenarnya tidak layak berada di hospital. Sebolehnya, Ibu hendak keluar dan bekerja macam biasa. Rutin sebagai seorang pesakit pun Ibu sudah lali. Dikejutkan nurses untuk dapatkan bacaan tekanan darah dan gula, injections dan banyak lagi. Sedangkan waktu untuk Ibu meluah rasa pada Abah hanya 3 jam iaitu pada waktu melawat. Selebihnya, tinggal saya dan Ibu sahaja.

Di sebelah malam, Ibu rajin berbisik pada saya....

"Biar Ibu sakit, tetapi baby jangan sakit ya. Ibu nekad hendak lahirkan baby secara normal. Baby tolong ibu sama ya. Ibu kuat, Ibu yakin Ibu boleh melahirkan normal, melainkan kuasa Tuhan yang membataskan semua. Ibu tidak kisah berpantang makan dari sekarang, asalkan baby sihat dan kuat mcm anak-anak yang lain."

Sambil mengatakan ini, Ibu kerap menangis. Besar harapan Ibu terhadap saya. Adakala saya dapat baca naluri hati Ibu. Kata Ibu, ...

"Kejam sungguh pada mana-mana wanita yang buang bayi. Sedangkan bayi yang diaorg buang tu semua sihat-sihat, montel-montel dan cukup sihat. Tidak ada cacat cela."

Betul kata Ibu, kan? Sedangkan Ibu saya perlu bergolak gadai untuk menjaga saya dengan penuh hati-hati, ada pula Ibu-ibu di luar sana (yang mungkin tidak pernah buat medical check-up, tidak pernah tahu isi kandungan perut sihat atau tidak, tidak pernah tahu isi perut itu kembar atau tidak) main pakai buang sahaja anak-anak yang gebu tu. Saya sedih sebab Ibu memberitahu saya ini semua. Kata Ibu, diaorang patut bersyukur dapat melahirkan anak yang sihat. Sedangkan Ibu sendiri tak tahu apa nasib bakal menimpa saya dan Ibu nanti.

Tetapi, sejak saya ditiupkan roh oleh Allah s.w.t, dengan kelebihan ini, saya dapat rasa semua perkara yang terdetik dalam hati Ibu. Walaupun Ibu tahu, Ibu tidak boleh bersedih sebab saya juga turut akan berasa sedih, tetapi saya yakin Ibu cuba sedaya upayanya untuk tidak mengingat perkara-perkara sedih. Ada masa-masa tertentu sahaja Ibu yang mcm touching lebih. Hehehehe....Itulah Ibu saya. Suka lihat orang gembira tetapi TIDAK SUKA orang lain melihat dirinya tidak gembira. Sayang Ibu!

....

Hari ke 10, Ibu akhirnya keluar wad. Orang yang paling3 suka adalah Abah. Akhirnya malam-malam Abah tidak sunyi lagi. Hehe. Tidak perlu peluk bantal peluk sebab saya dan Ibu sudah boleh pulang. Ibu pulang dengan penuh ubat dan gadget2 kesihatan. Semuanya untuk memastikan saya sihat sehingga ke saat kelahiran. Apakah ubat-ubatan dan perasaan Ibu selama 10 hari di dalam wad? Ibu akan cerita dengan panjang lebar lagi di rumahnya, www.abbyhakka.com.

Ini rumah saya, hanya saya yang boleh bercerita. Cuma buat masa sekarang, Ibu dan Abah yang bercerita bagi pihak saya. Thank you, Ibu Abah~

0 comments:

Post a Comment