Friday, July 9, 2010

L.A.P.A.N

Jangan tidak percaya. Dalam diam saya tidak bersuara, dalam diam saya sakan menendang dan selesa berada dalam perut Ibu, saya sekarang sudah berusia lapan bulan tau. Huhu. Lapan bulan, bermakna saya ada masa sebulan sahaja lagi untuk melihat Ibu dan Abah, dan juga dunia. Jangan kata anda, Abah saya pun tidak percaya saya membesar secepat ini. Itulah namanya kuasa Tuhan, pembaca semua. Dalam duk Ibu dan Abah membuat persiapan (saya intip dengar sahaja perbualan dan pergerakan mereka), saya di dalam sudahlah selesa, lagi saya menendang-nendang perut Ibu.

Kesian Ibu. Tetapi dia tidak kisah. Sampai dia kata, 'Tendang sahaja sayang, At least Ibu knows you're having fun inside the womb." See. Sporting bukan? Baik. Ibu dah bersemangat hendak membebel pasal persiapan melahirkan saya. Saya tahu dia maha panik sekarang. Tetapi saya yakin, apa yang Ibu hajatkan, saya akan ikut dan lahir dengan selamat dan cukup sifat, Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment