Monday, March 22, 2010

Rawatan....

Sejak usia saya 7 minggu lagi, Ibu sudah ke Klinik Desa Merbau Sempak untuk mendapatkan rawatan ibu mengandung. Kata Ibu, tidak apa kalau saya dibawa walaupun masih awal. Kata Ibu juga, ianya adalah lebih baik untuk Ibu dan saya.

Gigih Ibu ke Klinik membawa saya. Cuti diambil untuk pergi membuat check-ups. Ada masa tekanan darah dan bacaan gula Ibu ok, adakala tidak. Sampailah semalam, Ibu terpaksa ambil cuti 1 hari untuk empat kali berulang-alik ke klinik untuk bacaan gula.

Saya tahu Ibu penat, adakalanya lagi baik saya rasa Ibu berada di pejabat. Duduk dan hanya perah otak sahaja. Tetapi kalau ke Klinik, keluar pula di bawah panas terik, ada masa ditemani Abah, ada masa tidak, saya jadi kasihan lihat Ibu. Kenapa saya dapat rasa kasihan? Sebab saya ada dalam rahim Ibu. Apa yang dia makan, saya makan. Apa yang Ibu rasa, sudah tentu saya dapat rasakan juga.

Sedih camne pun, nanti dia akan bisik pada saya. Asalkan saya lahir sihat, Ibu dah rasa happy. Kata Ibu, dia hargai pengalaman mengandungkan saya. Susah macam mana, sakit perit macam mana pun, Ibu sanggup lalui. Itulah Ibu. Dia lagi suka bercerita dalam blog. Paling tidak dengan Abah. Saya cuma harap, saya lahir sihat dan kuat mcm yang Ibu harapkan. Tak lama Ibu, lagi 5 bulan sahaja lagi.

Dalam keadaan yang pada saya, Ibu mungkin tertekan, Ibu masih gigih kumpul maklumat. Mahu tahu langkah-langkah mengatasi dan kesannya ke atas saya. Paling seronok, saya dapat tahu Ibu sentiasa rujuk pada kawannya tentang pregnancy. Ada kawan Ibu tu, seorang doktor. Ibu tanya macam-macam. Setakat apa yang kawan Ibu tu bagitahu, memang Ibu dengar kata. Khususnya dulu tentang bagaimana untuk mengelakkan keguguran. Alhamdulilah, Ibu sangat berjaga-jaga dan jodoh saya dengan Ibu juga panjang.

Hujung minggu lalu, saya dan Ibu tinggal berdua. Abah tiada, ke Penang melawat atuk-atuk saya di sana. Saya dibawa Ibu berjalan ke Teluk Panglima Garang. Tengok nenek-nenek sebelah Tok Abah. Hehe dah bertaraf nenek semuanya. Sebab saya masih ada moyang. Cool kan? Tak sabar mahu jumpa moyang. Moga panjang umur moyang. Ibu aktif betul di sana. Ligat layan dua pupu saya. Meriah. Bising juga. Sebelah malam pula, Ibu gelisah. Kepanasan. Al-maklum cuaca sekarang, mmg buat Ibu lagi tak selesa. Tetapi tak apa, sebab Ibu berselera tinggal sana. Makanan sedap-sedap. Saya juga dapat rasa. Eh eh, memang sedap!Tak caya tanya Ibu. Hehe...

Ada masa Ibu happy, ada masa Ibu sedih. Semua tu, dapat saya rasakan. Saya yang berada paling dekat dengan Ibu, even Abah pun jauh. Hehehe. Abah, jangan cemburu, okeyh? Maka untuk semua, doakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan Ibu. Ibu sudahlah mengandung, memang mudah tersentuh hatinya. Ibu tetap seorang Ibu.

Kalian juga mesti kenal naluri seorang Ibu itu macam mana kan? (^_^)


0 comments:

Post a Comment