Tuesday, April 28, 2015

I'm BACK!

Yahoo!

I am back! But now ... with my younger sister, named Nawal Najah.

Please welcome her here with big heart, people.



And here is the latest version of her, at 4 months old.


A little bit information about my bubbly sister here:

Name: Nawal Najah binti Muhd Ismail
Date of Birth: 26 December 2014
Weight: 4.5 kg (Now at 4 months old - 6kg)
Length: Now at 4 months old - 60cm

A simple and short one about her. You shall meet her if you wanted to know more. Hiks.

Signing out.

A brother now,
Imran Imtiyaz

Wednesday, August 8, 2012

Timeline Saya...

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua,

Pagi ini saya bangun awal, itupun selepas subuh, selepas Abah sudah bersiap-siap mahu ke tempat kerja. Ibu masih ketiduran, letih lagi agaknya. Lagipun Ibu bangun jam 4 pagi tadi, menyiapkan sahur.  Takpe, bagi can Ibu tidur. Saya layan cerita Disney dulu.

Jam 9 lebih, Ibu hantar saya ke rumah Atuks. Saya sayu je pagi-pagi bila nak berpisah dengan Ibu. Dengan Abah, saya boleh konon-konon 'cool' lagik. Tetapi dengan Ibu, saya sedih satu macam. Tetapi, saya acah je lebih. Buka-buka je pintu rumah Atuks tadi, nampak sahaja muka Tok Abah, saya jadi lupa Ibu. Hehehehe meluru lari saya masuk ke rumah, dan Ibu pun meluru lari keluar rumah untuk ke tempat kerja.

Comel.

Ibu kata, dia teringin nak bercerita macam-macam tentang saya. Tetapi belum ada idea melimpah ruah nak menulis. Makanya, dia nak import post dari blog dia ke blog saya ini. Mana tahu kut-kut ada yang terlepas baca.

Ha, bacalah seperti di bawah ya. Saya janji Ibu akan bercerita lebih lagi nanti, LIVE punya.


***

Timeline. Tetiba perkataan ini popular di mana-mana dalam Internet. Seronok bila tengok timeline nieh.
Maka, dengan ini saya mahu berkongsi timeline Imran Imtiyaz, my bundle joy of happiness for…life.
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ


Masa ini Imtiyaz kurang dari setahun. Masih tiny, masih helpless. Berstokin lagi.


Imtiyaz is an eater. Tidak pernah menolak makanan. He’s adventurous in eating too, unlike me.


He’s an active player too! Get involve in any forms of activity and he’s cheerful!


He is well-dressed all the time. Si penggaya segala macam topi. He’s Bruno Mars, once!


He’s as SWEET as cherrie pie! Nyums! Hahahaha


Masa mula-mula tumbuh gigi!


He loves Youtube! He’s youtubing! ;-)


Imtiyaz with her favourite lady, Mak Ngah Nget!


With his all-time favourite man! Second comes Tok Abah!
And of course, me…her lifetime MOTHER! :-)











and US!









My eldest son, Imran Imtiyaz, please continue being gentle, kind, lovely, cheeky boy and son to us and to people who loves you. Appreciate life like Ibu and Abah did, and insya-Allah, we’ll always be together through hard and thin and along the way you’re turning to an adult. My pray and my bless will always be with you son.

Doa Ibu hanya SATU : Dipanjangkan usia & kesihatan yang baik untuk selama hidup kamu, anak (anak-anak, in future). Hanya selepas kamu semua dapat berdiri atas kaki sendiri, Ibu rela dijemput Allah. Ameen.

With love,
Ibu
***

Sedih dan sayu je baca entry Ibu di atas ini. Hati seorang Ibu, saya sebagai anak dapat juga merasa sikit-sikit. Dalam duk dia penat dan menjaga saya, saya tahu Ibu letak harapan tinggi pada saya sebagai anak sulung dan abang sulung, Insya-allah. Saya akan buat Ibu & Abah gembira sampai bila-bila. Itu janji saya.

Next, saya ingat hendak bercerita tentang kawan-kawan saya la. Eh saya ada kawan ke eh? Err err, macam tiada je. Apapun tunggu cerita seterusnya. Peace!

On behalf Iyaz,
Ibu



Tuesday, August 7, 2012

Pelari...

Eh eh bukan, saya bukan pelarian. Bukan juga pelari pecut negara. Tetapi mana tahu la bukan, kalau-kalau dah besar nanti, I'll become one :P

Ibu kata, since day 1 saya 'dapat' kaki. Saya memang tidak boleh duduk diam. Ada je benda saya nak buat, ada je benda saya nak punggah, ada aje lah benda saya nak kejarkan. Pendek kata, once Ibu, Abah or Atuks let me touch the ground, I'll be like forever running non stop without looking back at them. If I see them chasing me, I'll start running again and again.

Hehe giler nakal kan saya?! Sebab itu Ibu saya kurus, sikiiiiiiiiiiiiiiiiiit. Hahahaha sebab puas kena mengejar saya ;P

Tengok ajelah gelagat saya di bawah. Saya tengah buli Mak Ngah saya, antara insan-insan yang memang selalu jadi mangsa saya. Especially bila Ibu & Abah dan tak kuaser nak kejar saya. Hehehehe









Look at how healthy and active I was when we visited Penang a month before fasting. Tersangatlah happening dunia keliling saya kalau saya dapat jejak tanah. Mujur Ibu saya tak amik gambar saya berlari-lari (anak bapak, bukan anak lagi dah) dalam shopping mall. Hehehehe

Things I like do BEST is RUN. Run for freedom, eceh. Tetapi mana boleh ma. Saya sikit-sikit merengek je kalau Ibu takde keliling. So tak leh nak run lelebih. Run kejar Ibu semula kalau Ibu cuba lari dari saya, boleh. But selalunya Ibu lagi lajulah. Then tertinggal la saya di rumah Atuk 1 hari hampir 9 jam. Padan muka saya, kena tinggal dengan Ibu sebab tidak reti duduk diam. If not, mesti saya sakan dapat follow Ibu and Abah berjalan-jalan.

Pernah satu kali itu, saya buat perangai. Saya memang tidak gemar stroller sekarang. Apapun saya prefer untuk BERLARI, bukan berjalan ya. Pantang Ibu Abah letak sahaja saya atas tanah, menggelupur la saya lari jauh.

Sampai satu tahap itu, Ibu Abah pergi ke section mainan/toys. Saya bising-bising minta bola. Dah dapat bola, saya bising-bising pula mintak turun. Naaaaaaaaaaaaaaaa, saya bermain bola di dalam shopping mall. Hooooray~~~~~~~~~ Memang marah betul Ibu Abah dibuatnya saya.

Saya bukan kira orang keliling nak cakap apa. Saya tahu menangis aje, bila Abah mula dukung saya semula.

Itulah cerita saya pelari, bakal pengganti Usain Bolt?! Mungkingkah?! Hehehehehe

Pelari yang sayang Ibu & Abah,
Iyaz

Saturday, August 4, 2012

Kembali Aktif...

Assalamualaikum semua,

Janganlah rindu, dan jangan juga marah ya. Saya, Iyaz kini kembali menulis untuk memberitahu perkembangan terbaru saya. Ada yang bertanya dan ada juga ke yang ambil kisah? Apapun, Iyaz tak kisah. Makanya, on behalf of me, Ibu will definitely tell you a story about me and my world that surrounds me everyday. 

Walaupun nampak gaya macam sudah ketinggalan banyak gerabak keretapi (kalau hendak bercerita tentang saya, since last updated was when I was 9 months-old), tetapi percayalah Ibu akan bercerita punya tentang saya di blog ini. Kalian, sabar menunggu k.

Ibu saya jenis orang yang banyak kerja. Manakan kerja hakiki dia sebagai wartawan lagi, kerja-kerja sambilannya lagi, menjaga saya lagi dan banyak lagi-lagi perkara lain yang Ibu buat, dah tentu-tentu tiada masa nak berblogging. But I am sure Ibu will still blogging sebab Ibu beritahu dia tak boleh reti duduk diam. Kurang-kurang mesti nak membebel kat mana-mana. Chatting ke, dan blog dah tentu la. Hahahaha...ibu, ibu.

Baiklah, semasa Ibu menulis untuk saya ni, saya berusia 23 bulan. 14 bulan telah berlalu dan sekejap betul je rasa saya dah besar. Eh eh, saya kecik lagi tetapi sendiri rasa besar. Hahaha berat pun dah nak masuk 14kg. Mesti Ibu & Abah pun tak larat dukung saya. Kesiannya. Atuk? Lagilah! Tetapi kedua-dua atuk saya tersangatlah sayang saya. Sampaikan kalau Abah cuti kerja jaga saya 1 hari pun, diaorang minta saya ke rumah diaorang. Hehehe saya ni best sangat ke, Atuk2?

Tak mo citer panjang, mau tengok tak gambar saya sekarang? Jeng jeng jeng. Jangan terkejut tau.


Hehe itulah saya. Tengah belajar cara mengaminkan doa. Atau cara tadah tangan berdoa nak makan/minum susu. 

Yes, I am that big now. I am no longer a baby, but a toddler. Sweet, lullaby, chicky and noisy toddler, Ibu panggil. Ada masa saya behave, ada masa saya suka buat huru-hara. Habis saya buat kecoh, habis saya buat 'onar' dan habis juga saya buat sepah tempat. Poor those adults who have been taking care of me ever since day 1. But what to do, I love them very much and this is how I make them laugh and happy :)

Hehe saya bercakap bahasa English ha?! Jangan jealous. Ibu has been talking English to me too, Abah as well. Lagi-lagi kalau tengah marah atau saya buat hal, memang bersembur English words keluar dari mulut Ibu. Itulah, Ibu should feel lucking having me as a son. I'm helping you out with your English, Ibu. Good job, Ibu. Hahahaha

Loyar buruk benor saya kan? Macam ini :


Hehe saya memang loghat banyak, Ibu kata. Tengoklah, pantang dapat handphone sesiapa, mesti saya berlakon macam gaya di atas. Poyo habis, kan? That's me!

Bulan depan BIRTHDAY saya. Tarikhnya 25 Ogos, Syawal ke-6, kalau tidak silap. Ulangtahun kelahiran dalam tahun Islam pulak baru 2 hari je berlalu, Ramdhan 14. Yipppie! Sudah dua tahun saya rupanya. Big me, big dream of me, and big expectation from Ibu and Abah for me. Berdebornya~ hahaha apa lah yang saya nak deborkan itu ek? Kecik-kecik dah pandai excited. Semacam excited saya kalau tengok cerita-cerita Disney kut. Hehehe I love Troy Bolton too!!! Hahahaha

Banyakkan yang saya tahu. Inipun sebab Ibu perhati saya je. Kalau saya sendiri tahu dan saya yang blogging, ha, mesti saya cipta rekod bukan? Banyak monolog saya yang org dewasa tidak tahu. But deep down inside my heart, Ibu and Abah knows me very well.

Makan saya, minum saya, tidur saya, pakaian saya, sakit demam saya...I love you BOTH, parents. Saya nak tulis panjang lagi nieh, but I accidentally disturbed Ibu with her laptop, so Ibu will need to postpone this entry. 

Sorry Ibu. 

Yang sayang kamu & Abah,
Iyaz

Tuesday, May 31, 2011

I was born...

Ya, cerita lama yang bagaikan diberi nafas baru! Saya, si dia yang berceritera di alam rahim Ibu kini sudah pun selamat dilahirkan ke dunia ;) Selepas hampir 9 bulan saya dibesarkan, barulah Ibu berkesempatan hendak jenguk dan update blog saya.

Dipendekkan cerita, inilah saya :


Day 1. Berat 3.66 kg. Bolatnyer saya!

Dan, sekarang...



Lihatlah dunia. Sayalah si kacak, 'Lee Min Ho' version Melayu. Hehehe

Saya diberi nama Imran Imtiyaz bin Muhd Ismail. Yang membawa maksud, "Budi Bahasa, Yang Terpilih'. Sedapnyer maksud itu, bukan? Terima kasih Ibu atas pengorbananmu, Abah atas keringatmu menjaga Ibu dan semua atas doa kalian.

Ibu Imtiyaz

Saturday, July 10, 2010

Happy~!

Semalam Ibu dah janji, Ibu nak update blog untuk saya. Katanya kesian, dibiarkan bersawang. Sayang Ibu!Abah? Abah saya sibuk kerja. Tak apa, saya tidak kisah kalau Abah tidak update blog untuk saya sebab saya tahu dia tetap sayang dan ingat saya setiap masa.

Ibu terlebih rajin sekarang. Katanya hendak siapkan banyak perkara sebelum sampainya masa melahirkan saya. Ibu kata, dia panik yang amat. Saya pun dapat rasakan dia panik giler. Tetapi belum tahap teruk lagilah. Dia manage buat satu-persatu. Termasuklah menukar theme blog saya kepada kebiruan ini. Saya suka!.

Ibu semacam fanatik dengan warna biru pula sekarang. Katanya sudah dua orang doktor predicted saya seorang bayi lelaki. Tetapi betulkah? Haha, itu rahsia saya!Tak apa, sudah tidak lama sahaja lagi saya hendak tgk dunia. Semoga ramalan doktor-doktor itu semua tepat. Ibu dan Abah juga sudah memanggil nama saya yang berBINkan nama Abah ;-) Nama saya sangat best, dan sangat2 bermakna. Abah, orang yang paling3 suka dengan nama saya. Ibu yang pilihkan. Sayang Abah dan Ibu.

Kata Ibu lagi, dia sudah tidak sabar menukar nama blog ini kepada nama saya. Apapun, Ibu kena tunggu saya lahir dulu. Barulah dia rasa sedap hati menukarnya. Doa Ibu tidak pernah putus untuk saya. Abah pun. Barang-barang untuk kelahiran saya juga sudah tersedia. Kata Ibu, ada lagi tidak terbeli, especially barang Ibu. Hehehehe. Itu sebab Ibu panik habis. Kelakar sungguh la parents saya ini. Tak apa, saya bayi pertama mereka. Soon kalau ada rezeki mereka, saya punya adik nanti, takdelah sepanik ini kut. ;-).

Baik, saya mahu sign out dulu. Kata Ibu, "It's time to pray and recite.". Baik Ibu!Ikut perintah.



Friday, July 9, 2010

L.A.P.A.N

Jangan tidak percaya. Dalam diam saya tidak bersuara, dalam diam saya sakan menendang dan selesa berada dalam perut Ibu, saya sekarang sudah berusia lapan bulan tau. Huhu. Lapan bulan, bermakna saya ada masa sebulan sahaja lagi untuk melihat Ibu dan Abah, dan juga dunia. Jangan kata anda, Abah saya pun tidak percaya saya membesar secepat ini. Itulah namanya kuasa Tuhan, pembaca semua. Dalam duk Ibu dan Abah membuat persiapan (saya intip dengar sahaja perbualan dan pergerakan mereka), saya di dalam sudahlah selesa, lagi saya menendang-nendang perut Ibu.

Kesian Ibu. Tetapi dia tidak kisah. Sampai dia kata, 'Tendang sahaja sayang, At least Ibu knows you're having fun inside the womb." See. Sporting bukan? Baik. Ibu dah bersemangat hendak membebel pasal persiapan melahirkan saya. Saya tahu dia maha panik sekarang. Tetapi saya yakin, apa yang Ibu hajatkan, saya akan ikut dan lahir dengan selamat dan cukup sifat, Insya-Allah.