Assalamualaikum semua,
Janganlah rindu, dan jangan juga marah ya. Saya, Iyaz kini kembali menulis untuk memberitahu perkembangan terbaru saya. Ada yang bertanya dan ada juga ke yang ambil kisah? Apapun, Iyaz tak kisah. Makanya, on behalf of me, Ibu will definitely tell you a story about me and my world that surrounds me everyday.
Walaupun nampak gaya macam sudah ketinggalan banyak gerabak keretapi (kalau hendak bercerita tentang saya, since last updated was when I was 9 months-old), tetapi percayalah Ibu akan bercerita punya tentang saya di blog ini. Kalian, sabar menunggu k.
Ibu saya jenis orang yang banyak kerja. Manakan kerja hakiki dia sebagai wartawan lagi, kerja-kerja sambilannya lagi, menjaga saya lagi dan banyak lagi-lagi perkara lain yang Ibu buat, dah tentu-tentu tiada masa nak berblogging. But I am sure Ibu will still blogging sebab Ibu beritahu dia tak boleh reti duduk diam. Kurang-kurang mesti nak membebel kat mana-mana. Chatting ke, dan blog dah tentu la. Hahahaha...ibu, ibu.
Baiklah, semasa Ibu menulis untuk saya ni, saya berusia 23 bulan. 14 bulan telah berlalu dan sekejap betul je rasa saya dah besar. Eh eh, saya kecik lagi tetapi sendiri rasa besar. Hahaha berat pun dah nak masuk 14kg. Mesti Ibu & Abah pun tak larat dukung saya. Kesiannya. Atuk? Lagilah! Tetapi kedua-dua atuk saya tersangatlah sayang saya. Sampaikan kalau Abah cuti kerja jaga saya 1 hari pun, diaorang minta saya ke rumah diaorang. Hehehe saya ni best sangat ke, Atuk2?
Tak mo citer panjang, mau tengok tak gambar saya sekarang? Jeng jeng jeng. Jangan terkejut tau.
Hehe itulah saya. Tengah belajar cara mengaminkan doa. Atau cara tadah tangan berdoa nak makan/minum susu.
Yes, I am that big now. I am no longer a baby, but a toddler. Sweet, lullaby, chicky and noisy toddler, Ibu panggil. Ada masa saya behave, ada masa saya suka buat huru-hara. Habis saya buat kecoh, habis saya buat 'onar' dan habis juga saya buat sepah tempat. Poor those adults who have been taking care of me ever since day 1. But what to do, I love them very much and this is how I make them laugh and happy :)
Hehe saya bercakap bahasa English ha?! Jangan jealous. Ibu has been talking English to me too, Abah as well. Lagi-lagi kalau tengah marah atau saya buat hal, memang bersembur English words keluar dari mulut Ibu. Itulah, Ibu should feel lucking having me as a son. I'm helping you out with your English, Ibu. Good job, Ibu. Hahahaha
Loyar buruk benor saya kan? Macam ini :
Hehe saya memang loghat banyak, Ibu kata. Tengoklah, pantang dapat handphone sesiapa, mesti saya berlakon macam gaya di atas. Poyo habis, kan? That's me!
Bulan depan BIRTHDAY saya. Tarikhnya 25 Ogos, Syawal ke-6, kalau tidak silap. Ulangtahun kelahiran dalam tahun Islam pulak baru 2 hari je berlalu, Ramdhan 14. Yipppie! Sudah dua tahun saya rupanya. Big me, big dream of me, and big expectation from Ibu and Abah for me. Berdebornya~ hahaha apa lah yang saya nak deborkan itu ek? Kecik-kecik dah pandai excited. Semacam excited saya kalau tengok cerita-cerita Disney kut. Hehehe I love Troy Bolton too!!! Hahahaha
Banyakkan yang saya tahu. Inipun sebab Ibu perhati saya je. Kalau saya sendiri tahu dan saya yang blogging, ha, mesti saya cipta rekod bukan? Banyak monolog saya yang org dewasa tidak tahu. But deep down inside my heart, Ibu and Abah knows me very well.
Makan saya, minum saya, tidur saya, pakaian saya, sakit demam saya...I love you BOTH, parents. Saya nak tulis panjang lagi nieh, but I accidentally disturbed Ibu with her laptop, so Ibu will need to postpone this entry.
Sorry Ibu.
Yang sayang kamu & Abah,
Iyaz

0 comments:
Post a Comment