Wednesday, August 8, 2012

Timeline Saya...

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua,

Pagi ini saya bangun awal, itupun selepas subuh, selepas Abah sudah bersiap-siap mahu ke tempat kerja. Ibu masih ketiduran, letih lagi agaknya. Lagipun Ibu bangun jam 4 pagi tadi, menyiapkan sahur.  Takpe, bagi can Ibu tidur. Saya layan cerita Disney dulu.

Jam 9 lebih, Ibu hantar saya ke rumah Atuks. Saya sayu je pagi-pagi bila nak berpisah dengan Ibu. Dengan Abah, saya boleh konon-konon 'cool' lagik. Tetapi dengan Ibu, saya sedih satu macam. Tetapi, saya acah je lebih. Buka-buka je pintu rumah Atuks tadi, nampak sahaja muka Tok Abah, saya jadi lupa Ibu. Hehehehe meluru lari saya masuk ke rumah, dan Ibu pun meluru lari keluar rumah untuk ke tempat kerja.

Comel.

Ibu kata, dia teringin nak bercerita macam-macam tentang saya. Tetapi belum ada idea melimpah ruah nak menulis. Makanya, dia nak import post dari blog dia ke blog saya ini. Mana tahu kut-kut ada yang terlepas baca.

Ha, bacalah seperti di bawah ya. Saya janji Ibu akan bercerita lebih lagi nanti, LIVE punya.


***

Timeline. Tetiba perkataan ini popular di mana-mana dalam Internet. Seronok bila tengok timeline nieh.
Maka, dengan ini saya mahu berkongsi timeline Imran Imtiyaz, my bundle joy of happiness for…life.
ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ


Masa ini Imtiyaz kurang dari setahun. Masih tiny, masih helpless. Berstokin lagi.


Imtiyaz is an eater. Tidak pernah menolak makanan. He’s adventurous in eating too, unlike me.


He’s an active player too! Get involve in any forms of activity and he’s cheerful!


He is well-dressed all the time. Si penggaya segala macam topi. He’s Bruno Mars, once!


He’s as SWEET as cherrie pie! Nyums! Hahahaha


Masa mula-mula tumbuh gigi!


He loves Youtube! He’s youtubing! ;-)


Imtiyaz with her favourite lady, Mak Ngah Nget!


With his all-time favourite man! Second comes Tok Abah!
And of course, me…her lifetime MOTHER! :-)











and US!









My eldest son, Imran Imtiyaz, please continue being gentle, kind, lovely, cheeky boy and son to us and to people who loves you. Appreciate life like Ibu and Abah did, and insya-Allah, we’ll always be together through hard and thin and along the way you’re turning to an adult. My pray and my bless will always be with you son.

Doa Ibu hanya SATU : Dipanjangkan usia & kesihatan yang baik untuk selama hidup kamu, anak (anak-anak, in future). Hanya selepas kamu semua dapat berdiri atas kaki sendiri, Ibu rela dijemput Allah. Ameen.

With love,
Ibu
***

Sedih dan sayu je baca entry Ibu di atas ini. Hati seorang Ibu, saya sebagai anak dapat juga merasa sikit-sikit. Dalam duk dia penat dan menjaga saya, saya tahu Ibu letak harapan tinggi pada saya sebagai anak sulung dan abang sulung, Insya-allah. Saya akan buat Ibu & Abah gembira sampai bila-bila. Itu janji saya.

Next, saya ingat hendak bercerita tentang kawan-kawan saya la. Eh saya ada kawan ke eh? Err err, macam tiada je. Apapun tunggu cerita seterusnya. Peace!

On behalf Iyaz,
Ibu



0 comments:

Post a Comment