Saturday, March 20, 2010

Testing...

Assalamualaikum...

Eh eh saya sudah pandai memberi salam. Mestilah, Ibu ajar saya. Kata Ibu, jangan sombong. Paling tidak senyum.

Tetapi saya masih belum bisa senyum. Saya masih kecil di dalam perut Ibu saya. Hendak bergerak-gerak pun belum boleh lagi. Duk berpusing begitu sahaja. Umur saya sudah 13 minggu. Yeay!Alhamdulilah. Tetapi masih panjang lagi perjalanan hidup saya untuk capai 40 minggu. Saya selalu dengar Ibu bersungguh-sungguh berdoa agar jodoh saya dengan Ibu panjang. Mestilah, saya pun mahu lihat Ibu. Lihat Abah. Lihat semua orang yang hendak tengok saya.

Tetapi buat masa sekarang, saya masih lagi terlalu kecil. Ibu selalu tanya, bila saya mahu besar. Abah pun, teringin tengok saya membesar cepat. Memandangkan saya terlalu kecil lagi, tetapi saya sudah mewarisi hobi Ibu saya iaitu berblogging. Ibu memang teringin sekali saya punya blog. Jadi Ibu create 1 akaun baru. Buat semua, inilah blog saya.

AbbyHakkaBaby.blogspot.com

Wee!

0 comments:

Post a Comment