Kata Ibu, tujuan dia membuat blog ini untuk saya bukan untuk hebah 1 dunia yang saya bakal lahir. Atau dalam erti kata lain mahu menunjuk-nunjuk. Ibu bukan begitu orangnya. Kata Ibu, blog ini biar boleh dijadikan rujukan kepada bakal-bakal ibu yang lain. Walaupun Ibu masih muda dan pengetahuan melahirkan anak sulung mungkin Ibu tiada, tetapi sekurang-kurangnya menerusi blog ini, Ibu dapat belajar sesuatu, begitu juga pada pembaca yang membaca blog ini.
Saya lihat Ibu banyak membaca buku tentang pregnancy. Paling Ibu suka, baca blog pasal pregnancy. Berbeza pula dengan Abah. Abah suka betul menonton tgk Discovery Home & Health. Kata Abah, banyak ilmu dan tips boleh dijadikan contoh. Cara macam mana orang di negara luar membesarkan anak-anak mereka. Banyak Abah habiskan masa nonton H&H. Walaupun Ibu kadang-kadang rasa boring, tetapi Abah tidak pernah rasa bosan.
Ibu dan Abah banyak mempersiapkan diri diaorang untuk kelahiran saya. Buat masa sekarang, mereka lebihkan ilmu dahulu. Berbelanja belum masanya lagi. Kata nenek, jangan membeli apa-apa dulu. Masih terlalu awal. Ibu dan Abah pun tidak lah membeli apa-apa lagi. Buat masa sekarang pun, saya selalu buat Ibu muntah-muntah. Ibu masih tidak berselera makan kalau lihat makanan-makanan tertentu. Cerewet Ibu sekarang adalah disebabkan saya. Harap Ibu cepat-cepat baik dan saya juga cepat-cepat besar.
Mahu tengok saya di usia 13 minggu. Nah.
Saya dah kelihatan agak sempurna. Saya sudah punya kaki dan tangan. Rupa bentuk juga sudah ada. Tetapi jantina saya? Hehehe. Rahsia besar. Saya tahu ramai dah meramal macam-macam tentang saya. Ibu saya masih gila-gila, aktif buat kerja itu ini sampai saya jadi kasihan tengok Ibu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bila malam, saya pula yang aktif. Memang kasihan tengok Ibu. Bersungguh tidur. Siang penat bekerja, malam pula tidak selesa dek disebabkan kedudukan saya.
Tidak apa, Ibu. Saya janji membesar dengan sihat dan bijak seperti yang Ibu harapkan. Bila dengar Ibu menangis, sedih lagi buat saya sedih. Tetapi 1 perkara tentang Ibu, dia akan cepat-cepat bangkit dari rasa sedih dia. Saya sayang Ibu. Tidak sabar rasanya hendak lihat kedua orang tua saya. Abah, walau jarang-jarang dapat bercakap dengan saya, tetapi kata Ibu, Abah kerja kuat. Ohh..cepatlah masa berjalan supaya saya dapat beri kegembiraan pada Ibu dan Abah. Doakan saya.
Saya lihat Ibu banyak membaca buku tentang pregnancy. Paling Ibu suka, baca blog pasal pregnancy. Berbeza pula dengan Abah. Abah suka betul menonton tgk Discovery Home & Health. Kata Abah, banyak ilmu dan tips boleh dijadikan contoh. Cara macam mana orang di negara luar membesarkan anak-anak mereka. Banyak Abah habiskan masa nonton H&H. Walaupun Ibu kadang-kadang rasa boring, tetapi Abah tidak pernah rasa bosan.
Ibu dan Abah banyak mempersiapkan diri diaorang untuk kelahiran saya. Buat masa sekarang, mereka lebihkan ilmu dahulu. Berbelanja belum masanya lagi. Kata nenek, jangan membeli apa-apa dulu. Masih terlalu awal. Ibu dan Abah pun tidak lah membeli apa-apa lagi. Buat masa sekarang pun, saya selalu buat Ibu muntah-muntah. Ibu masih tidak berselera makan kalau lihat makanan-makanan tertentu. Cerewet Ibu sekarang adalah disebabkan saya. Harap Ibu cepat-cepat baik dan saya juga cepat-cepat besar.
Mahu tengok saya di usia 13 minggu. Nah.
Saya dah kelihatan agak sempurna. Saya sudah punya kaki dan tangan. Rupa bentuk juga sudah ada. Tetapi jantina saya? Hehehe. Rahsia besar. Saya tahu ramai dah meramal macam-macam tentang saya. Ibu saya masih gila-gila, aktif buat kerja itu ini sampai saya jadi kasihan tengok Ibu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Bila malam, saya pula yang aktif. Memang kasihan tengok Ibu. Bersungguh tidur. Siang penat bekerja, malam pula tidak selesa dek disebabkan kedudukan saya.Tidak apa, Ibu. Saya janji membesar dengan sihat dan bijak seperti yang Ibu harapkan. Bila dengar Ibu menangis, sedih lagi buat saya sedih. Tetapi 1 perkara tentang Ibu, dia akan cepat-cepat bangkit dari rasa sedih dia. Saya sayang Ibu. Tidak sabar rasanya hendak lihat kedua orang tua saya. Abah, walau jarang-jarang dapat bercakap dengan saya, tetapi kata Ibu, Abah kerja kuat. Ohh..cepatlah masa berjalan supaya saya dapat beri kegembiraan pada Ibu dan Abah. Doakan saya.

0 comments:
Post a Comment